1.12.08

Siri - 13

[malay-machista]

salam Broder,

1. I nak tanya u dengan soalan berikut..?

2. Pada pandangan bro, antara Mukhriz, Khir dan KJ..siapakah paling sesuai dan layak untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri Pelajaran?

3. Sebelum u jawab, biar saya jawab mengikut pilihan saya. Jawapan saya ialah KJ.

4. Bukan kerana saya taksub dengan KJ, tetapi memang dialah orang yang paling berkaliber diantara 3 orang tersebut.

malay-machista said...

wsalam bro,
jika saudara pernah terbaca comments saya di pentas dr.novandri, saya memang memandang hormat pd KJ. brader tu mantap.
however, untuk menjawab persoalan saudara, saya bahagikan kepada dua bhg, pertama ikut pemerhatian ikhlas, kedua ikut emosi saya sendiri.
ikut pemerhatian :
1. Khairy lebih sesuai jadi DEM, sebab beliau mewakili generasi baru rakyat malaysia yang tech-savvy, outspoken, berani berhujah secara ilmiah.
2. khairy sering membuat kenyataan2 yang berkaitan pendidikan, dan kenyataan2nya bukanlah semberono. bak kata omputih "informed opinion".
3. saya pernah mendengar khairy berhujah di Universiti. memukau isi hujahannya. tak kosong. ada isi. lauk udang dan ayam. mantap.

ikut emosi:
1. khairy pernah dan sedang menaungi program2 pendidikan yang dekat dengan masyarakat. kena sokong dia, sebab dgn menjawat jawatan itu, dia akan ada wadah yang luas untuk membantu anak bangsa.(rujuk blognya)
2. tak suka dengan orang2 tua yang sudah menjadi "outcast", cuba mencari wadah baru untuk mengekalkan pengaruh.

sekian, pandangan ikhlas saya

Siri - 12

[Rockybru.com-1.12.08]

Salam Bro,

1. Sorry la broder, lama i tak datang 'Rock & Roll' kat sini.

2. Banyak cantik..? Tahukah anda semua dulu sistem pelajaran yang diterapkan di Sek Ren Keb dan Men Keb, sebenarnya sudah betul untuk membentuk bangsa Malaysia yang lebih bermoral dan bermaruah.

3. Seingat saya, ramai kawan2 sekelas kaum Cina dan India boleh tulis jawi, membaca jawi serta tahu dan faham subjek agama Islam. Cuma mereka tak peluk agama Islam sahaja

4. Bila zaman Dr.M sebagai Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri, semua sistem itu terus pupus. Subjek agama diletak dihujung jadual waktu harian ketika budak sekolah dah mengantuk dan nak habis pengajian. Kemudian pelajar kaum Cina dan India diarahkan keluar dari kelas berkenaan. Mereka tidak lagi mengikuti kelas tulisan jawi dan subjek agama.

4. Kini Mukhriz anak Mahathir cuba nak hidupkan semula sistem yang telah dipunahkan oleh bapanya?

5. Elok sangatlah bapa dah pelingkupkan, kemudian anak nak repair. Tak payahlah, kasi orang lain jer repair benda yang dah rosak tu.

http://suarasukj.blogspot.com