28.10.08

Suara Pengkritik - 10

1) armouris said...[kedahlanie-27/10]


kalau dah biasa banyak duit, takkan suka kalau duit kurang...kalau dah biasa untung dengan harga 1.92, takkan nak turunkan harga. biasa la berniaga...kerajaan ni risau duit kurang, projek kurang, kurang la duit nak songlap. rakyat kurang duit takpe



2) Anonymous said...[kedahlanie-27/10]

kalu hangpa jumpa shahrir samad dengan ulark nak katok sapa dulu?

3) Kimasabe said...[penarikbeca-27/10]

Salam pak bakaq haq,Sebenarnya najib perlu dimotivasikan. Suruh baca buku 'Dare To Fail' karangan Billy. Ada tiga jenis penakut yang dikemukakannya, tapi kemungkinan 'takut bini' yang paling ketara. Bagi sesiapa yang mengalami penyakit ini - berhenti jadi lelaki. Maaf cakap, penyakit ini sangat detrimental to the well being of a person. Namun ada kawasan samar-samar di antara 'takut' dan 'sayang' bini. Kan ka?

4) new york Disaster said...[suarasukj-28/10]

yes,Khairy seems to be a better debater than Mukhriz and Khairy also seems to be more proactive and perform than Mukhriz.

but too just debating alone on the competition towards a certain position/seat is not enough.people need to know more about their planning and how the planning can be beneficial for the commom people.

debating is an option voiced out by Khairy.i'm sure there are other ways to show who deserves the seat more.

and on to Mukhriz,why not he try to accept Khairy challenge to debate.that might as well be a platform for him to show that he got balls and not just clinging on his dad.

13.10.08

Suara Pengkritik - 09

1) Apa nak bagi label untuk pemimpin UMNO @ BN ni. YDP Negerinya ada skandal masa jadi Menteri Besar Pahang dulu, KM nya pulak cakap merapu....... aduh memalukan. Bagi pulak anugerah kat Shah Rukh Khan. Amende ni? KM Melaka tahu tak latar belakang artis Bolywood tu? Aku bukan nak hina Shah Rukh Khan tapi pegangan agama dia tu bercelaru. Bini dia Hindu dan dia pulak pernah kata sejak kahwin degan isterinya yang beragama Hindu tu, dia sudah tidak mengamalkan ajaran Islam. Ntah-ntah dah murtad. Apa nak jadi Melaka ni.[Tko-wakgenjer-12/10-09:15:02MYT]

2)
1. Bersekongkol dgn jews atau tak bersekongkol dgn jews, perturunkan je la harga runcit minyak msia. Hari tu dok bising ngan harga minyak dunia melambong naik. Skrang harga minyak dunia dah turun... kalau tak blih perturun harga minyak, what's the explanation? Just quiet???

2. Atau kos kekalahan PRU12 hari tu tak lih nak kampoi lagi kot? Kos kekalahan dicampur dengan kos dendam terhadap rakyat di atas kekalahan.

3. Atau tersepit ngan kos rebet. Tu belum kira dgn hutang hutang dari zaman TunM...
[kedahlanie-nismoxuan-12/10-8:54AM]

3) Pemimpim Umno penya pemikiran bodoh piang macam budak djh satu.....
Nak turun kan kadar inflasi tapi penaik harga minyak sifir ekonomi mana depa pakai....?
Apasai la begitu bengap...
sebab tu 50 tahun merdeka negara malaysia tak maju-maju, Korea, hong kong tak sampai 50 tahun merdeka jauh maju kedepan.....
kerana pemimpim tak makan rasuah...
dan pemimpim utamakan rakyat bukan poket sendiri....
Konon jadi pengurusi Oic tapi indeks rasuah paling tinggi buat malu kompeni saja.........
Kita sama-sama tunggu harga minyak turun 72 usd menteri rambut putih tu kata nak turun harga minyak sampai RM1.92 kalau tak turun jugak sah la menteri tu kaki kelintong[kedahlanie-Umno_bangang-12/10-10:07AM]

4) sebagai pecinta seni tanah air aku cadangkan Dato Ziana..
Lagi pun Port DICKson melaka tu tempat bersejarah bagi pembesar kita..[penarikbeca-Anonymous-11/10-1:13:00PM MYT]

5) Raya-raya juga. Sambil tu cuba ingat dan fikir balik semasa debat dengan DSAI sebelum ini?

Betul tak apa yang dikatakan oleh DSAI..harga minyak akan turun selepas itu. Kini telah terbukti benar.

Kenapa kerajaan BN menyiksa rakyat kerana 'tidak sabar' menaikkan harga minyak 0.78/ltr. Jika sabar dan tanggoh dulu bukankah lebih baik.

Kini jika BN turunkan harga minyak RM1.92/ltr, belum tentu harga barang akan turun semula seperti harga minyak RM1.92/ltr sebelum ini.[duniatiger-Singa-11/10-6:37PM]

6) asas demokrasi adalah Majority Rule lihat kepada pemilihan parti Gerakan calun melayu kalah kenapa?[kadirjasin-ChengHo-12/10-10:03AM]

7) isyk! sapa2 yang rasa bangga dengan komen tun mahathir kepada ust azizan tu, elok la perhati dalam2. bukan tak tau siapa tun mahathir. kalau asyik leka dan bangga dan seronok dengan pujian (betulkah pujian?) tun mahathir, sebahagian daripada jarum bekas pm itu sudah pun masuk mencucuk.

manusia - terutama melayu - memang mudah lupa. dan memaafkan. terutama kalau dipu[penarikbeca-kotakata-12/10-9:03:00PM]

8) Datuk,

Elakkan promosi dan pujian yang berlebihan kepada Datuk Najib dan 'partnernya' selagi belum tiba Mac 2009?

5 bulan mendatang macam-macam boleh berlaku.

Takut pendakian ke puncak gunung tidak kesampaian.[kudakepang-sukj-13/10-6:39AM]

9) There is a word for such atittude, it called “APATHY”. While the whole world is in financial turmoil and the gurus of finance and economy are trying to seek solutions to the problems. Here in Malaysia, UMNO is full hot air trying to score points as to who is going make what, under the new ’so called leadership’ whatever that means. As for the people’s welfare? They be damned! The main stream media plays to the political gallery of the ruling party never mind that people are trying to earn living and the crime rate shooting up[limkitsiang-siva-13/10-17:27:05]

10) Hello YB’

It is very sad that those in UMNO still cannot understand that you are not the one who has brought the issue of azan. I am equally surprised that none of the top UMNO leaders come out to say that you are not the one who wrote the protest note. It would infact help the cause of UMNO if its leaders come out and say that its members should not blame you as it is proven that it was not you. UMNO leaders are still playing the racial card here. Keep up the good work.[teresakok-poh-13/10-16:49:57]














9.10.08

Suara Pengkritik - 08

1) ni la d namakan alhi politik yg bangsat lg membangsatkan. hari tu ckp lain, hari ni ckp lain.

"Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan,

nk muntah dgr. kalo pak lah putuskan akan bertanding sure lain mamat ni punya respon. mcm na la UMNO boleh ada org mcm ni? cakap putar alam. awat? takut kena sembelih ka? piiiiiii daaaaaaaa...
[depakata-man-9/10-6:35PM]]

2) habis lingkop lagi le negara kita malaysia klo kita dpat pm baru yg bernama najib anak razak ni.....[Tko-antikj-9/10-21:47:05MYT]

3) MALAYSIA AKAN TERUS LINGKUP PUNYAI PEMIMPIN SEPERTI NAJIB TOYAAA....RENUNG DAN FIKIR2KAN[Tko-ucop-9/10-21:41:22MYT]

4) hahaha.......... dari pandangan mata ku....kau pak lah lebih baik dari mahder .... walaupun kau dikutuk suka tidur tapi aku nampak perubahan yg kau buat...dalam tidur kau ...kau telah kembalikan bantuan kpd sekolah agama, kembalikan belajar jawi, memberitahu umum betapa teruknya sistem kehakiman dulu, cuba menolak rasuah, mementikan modal insan...dan banyak lagi...tapi selalunya org yg cuba berbuat baik ini selalunya tidak disukai oleh ...sahabat2 mu.....dan ketahui lah kaulah yg melepaskan anuar ibrahin yg tindakan ini memulakaan dan memberi ruang kpd anauar ibrahim untuk merubah suasana sekarang......itu yg ku nampak...tapi ramai yg tak nampak... .walau pun masa yg singkat kau dijatuhkan oleh sahabat2 mu yg memang suka rasuah, suka kroni, suka benda yg tak baik....

walaupun aku tidak menyokong sahabat2 mu pak lah...tapi aku dan org kampong ku mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa mu maka wujudnya sebuah surau dikg kami dan dah masuk dua tahun kami dapat beribadat setelah 30 tahun kami tiada surau...... semoga ALLAH membalasnya diakhirat kelak.[roslansms-abah-9/10-08:53:00AM]

5) Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan

Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.

Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?

Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.

Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!


Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.

Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:
1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui
[roslansms-ampunnajib-9/10-11:38:00AM]

6) Tok Mat,

Pasangan Najib/Muhyiddin nampak jelas dan terbaik buat masa ini.
Tapi jangan lupa Ku Li masih dalam perlumbaan. silap-silap hari Ku Li akan dapat 60 percalonan bagi kerusi Presiden. Pasangan Gua Musang/Pagoh is still ok.
Secara ihklas saya katakan Mad Tyson, Zahid, Ali, Jazlan dan Rais bukanlah material Timbalan Perdana Menteri. Why?

1. Zahid, Ali dan Mad Tyson masih tahap politik UMNO kampung. Mereka tidak mampu lagi bersuara bukan peringkat global malah peringkat ASEAN.
2. Rais pandai cakap tetapi tak serupa bikin.
3.Jazlan perlu sekurang-kurang pendedahan peringkat MT dahulu untuk menonjolkan diri bagi memikat hati perwakilan.

UMNO jika mahu terus relevan, perlulah berani dan sanggup membuat perubahan yang drastik selaras dengan perkembangan politik universal.Tag line UMNO demi kepentingan orang Melayu tidak lagi penting
yang penting UMNO perlu mempasti Malaysia sebuah negara berbilangkan kaum, agama dan budaya yang amal damai, kukuh ekonominya, makmurkan rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama. UMNO sebagai tunggang BN mahu tidak mahu berani dan bersuara lantang mempertahankan kontrak sosial yang dipersetujui bersama semasa memperjuangkan kemerdekaan.[ahmadatalib-anonymous-9/10-5:15:00PM]

7) setia tak cukup.kena amanah,tekun dan bertanggungjawab.kalau Taib rasa dia dah insaf dan dia layak untuk dicalonkan,maka dipersilakan mana-mana bahagian yang rasa dia sesuai untuk dicalonkan teruskan saja niat.

namun jangan lupa jugak untuk mempertimbangkan pemimpin-pemimpin yang lain.mereka juga perlu diperhatikan dan diberi penilaian samada layak dicalonkan atau tidak.
[duniatiger-#####-9/10-4:48PM]

8) UMNO politics is always shoe polish. His late wife liked batik and the S/U Kerajaan quickly forced all gov servants to wear batik. If the next PM’s wife likes red shirts, most probably those shoe polish would tell the gov servants to wear red!! It is an institution full of bigots and racists incapable of really running the country.

They not only don’t have ideas on how to get the country out of the dumps, but into a deeper hole.[limkitsiang-max2811-9/10-18:23:02]

9) I wouldn’t call it a class act. It’s more like a cornered animal desperately fighting for his life. With Abdullah, promises are just that unless he can deliver. With the time left, I would give him credit if he’s able to just deliver only one of his promises. And if he can deliver all five, I’ll support him to continue as the PM until he retires.[limkitsiang-mata_kucing-9/10-20:30:17]

10) Only UMNO people want Najib to be PM.Basing on the survey made majority do not want Najib. He has no credentials. Just because he is the son of Malaysia former PM does not give him the sole right to lead the nation.
Tainted image, disloyal and "lalang" in his character. This is a man who will not support his boss in time of need and also someone who couldn't be bothered what happen to his subordinates. He can be aptly describe as "enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing".
So Malaysians, if Pak Lah has no balls to kick him out, now we are responsible to stop him from destroying this nation from dropping further into shit. Five months is very long in politics, lets hope Pakatan Rakyat will do something to save the nation. Lets preempt Najib departure.[malaysianshares-anonymous-9/10-2:53PM]

8.10.08

Suara Pengkritik - 07

1) Akhirnya Murai ingin tinggal Ibrahim Ali dengan stail politik tidak bermoralnya itu. Murai cukup faham dan mengerti dengan spesis orang politik. Mereka akan merendah, merayu dan meniarap ke bumi kalau tidak ada kuasa. Sebaliknya akan ego, besar kepala, lenggak ke langit dan cakap melampau batas bila sudah ada kuasa. Apa nak buat Tuhan telah jadikan spesis orang politik demikian, tidak terkecuali kepada sesiapa.[msomelayu-7/10-8:30AM]

2) Sebagai rakyat, marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Pak Lah agar beliau mempertahankan kedudukan beliau sekarang kerana tidak ada gunanya jika kedudukan beliau digantikan sekarang ini. Keadaan tetap akan sama jika beliau digantikan..

Beliau masih menjadi PM sehingga sekarang kerana undian rakyat dalam Pilihanraya lepas. Jadi beliau adalah pilihan terbaik rakyat.

Mengapa sekarang kita beriya-iya sangat ingin Pak Lah undur diri sedangkan kita sendiri yang memilih beliau? Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah politik orang-orang yang ingin menjatuhkan beliau, termasuklah pemimpin-pemimpin dalam UMNO sendiri..

Marilah kita memberi sokongan kepada Pak Lah agar mengekalkan kedudukan beliau sekarang...[novandri-muhyidin-7/10-12:57PM]

3) Minggu ini atau minggu hadapan, sebuah parti baru akan dilancarkan di Sabah bagi menggantikan SAPP. Semasa penulis singgah di Kota Kinabalu, rata-rata rakan penulis di kem SAPP berasa sangat-sangat menyesal terikut-ikut dengan permainan Anwar. Kini SAPP dan Yong Teck Lee sedang menuruni trek kehancuran. Itulah Anwar, mematikan untuk menghidupkan dirinya[jentayuabaka-Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri-7/10-1:42PM]

4) Saya nak berkongsi pengalaman sebenar saya masa laksanakan projek tebatan banjir di Perak bebrapa tahun lepas. Kebetulan ada satu kuil dibina di atas tanah rezab sungai (dah tentunya menumpang tanah kerajaan). Bila saya dan rakan sekerja pegi jumpa wakil kuil untuk arahkan mereka pindah sbb bangunan kuil terletak betul2 atas laluan longkang U-shape drain lebar 6 kaki, mereka bermati-matian taknak pindah, bertekak dan hampir2 berparang. Akhirnya, sbb nak jaga keharmonian, JPS arahkan konsultan buat pelan baru yang tak kacau kuil.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, kuil2 yang dibina kebanyakkannya asal2 kecik, tiada permit dan nak buat pun kena minta belas kasihan tuan tanah. Tapi tengoklah bila dia dah dapat tanah tu, tuan tanah pun tak dibenarkan masuk dah.
Jadi tak hairanlah kalau mereka ni nak ngamuk, sbb mereka memang keturunan yang macam tu. Jenis tak reti2 nak berterima kasih dan balas budi.
Robohkan kuil bukan secara membabi-buta. Tapi mengikut saluran yang betul. Diorang bukan tak reti nak pikir, tapi malas nak pikir.[kembarapolitik-man-7/10]

5) hehe..alih2 paklah mau stay lagi..apamacam??nanti jawatan timbalan dipertandingkan tapi jawatan president tak dipertandingankan..muleh jadi tak???
[pinkturtle2-apekkk-7/10-6:28PM]

6) Datuk,

Untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, pemimpin2 dan ahli2 UMNO mesti buang sikap sombong, berlagak, materialistik dan penting diri.

Pemimpin2 dan ahli2 UMNO hendaklah "membuktikan" pengorbanan mereka terhadap memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Bukan berjuang untuk mengejar pangkat dan wang ringgit.

Jernihkan semula hati dan jiwa dengan keikhlasan perjuangan anak bangsa. Kalau sudah lupa apa itu perjuangan anak bangsa... renung2 kan lah kembali semangat ketika berjuang menuntut kemerdekaan dahulu.
[kadirjasin-sinbad-6/10-4:08PM]

7) Pak Lah, saya tetap penyokong anda. Walaupun saya rasa perjalanan Pak Lah sudah hampir tiba ke penghujung (veteran tidak mahu terima hakikat ini dan masih berharap); akan saya sentiasa menjadi orang anda. I've learned a lot from your premiership; especially in keeping my cool.. Terima kasih dari Che Eduardo!! Dan Che tetap berdiri di belakang Barisan. Kepada DS Najib; Good Luck and earn my respect.. Calon TP.. TS Muhyiddin (dendam saya tak sudah) jangan harap saya nak sokong. Calon TP pilihan saya belum lagi bersuara (mungkin tidak akan bersuara). Ketua Pemuda saya sokong budak Negori seorg itu (sebab veteran org sana; bukan sebab dia menantu bos saya)[cheeduardo-7/10]

8) Ingat cikgu suka sangat ke sambut hari guru? Mai sini nak citer apa yang dilakukan pada setiap hari guru..Mula-mula berhimpun, pas tu nyanyi lagu Negaraku,lagu negeri dan lagu kami guru malaysia. Pah tu baca perutusan pak menteri,pengarah, bla bla bla..kemudian ada acara nyanyi, nasyid baca sajak "guru 0h Guru" dan yang latih budak-budak tu sume cikgu gak. Ingat cikgu suka ke? banyak kerja oii, nak latih budak bukannya makan sehari dua. Buang masa aja. Sepatutnya masa boleh digunakan untuk perkara lain tapi terpaksa pula buat persediaan untuk menyambut hari guru nih..kononnya nak hargai jasa guru, hargai apa kalau cikgu makin banyak kerja, kerja yang tak releven pulak tu!

Latih budak buat persembahan memuja-muja guru, macam masuk bakul angkat sendiri. Dan yang kelakarnya tu ada juga guru-guru yang berpakat beli hadiah kemudian bertukar-tukar dengan kawannya. Syaratnya harga mesti sama nilai. Kalau hadiah engkau RM20 akupun RM20. Alahai kesiannya cikgu..beli hadiah, bagi diri sendiri!
[Tko-Ingat cikgu suka sangat ke sambut hari guru? Mai sini nak citer apa yang dilakukan pada setiap hari guru..Mula-mula berhimpun, pas tu nyanyi lagu Negaraku,lagu negeri dan lagu kami guru malaysia. Pah tu baca perutusan pak menteri,pengarah, bla bla bla..kemudian ada acara nyanyi, nasyid baca sajak "guru 0h Guru" dan yang latih budak-budak tu sume cikgu gak. Ingat cikgu suka ke? banyak kerja oii, nak latih budak bukannya makan sehari dua. Buang masa aja. Sepatutnya masa boleh digunakan untuk perkara lain tapi terpaksa pula buat persediaan untuk menyambut hari guru nih..kononnya nak hargai jasa guru, hargai apa kalau cikgu makin banyak kerja, kerja yang tak releven pulak tu!

Latih budak buat persembahan memuja-muja guru, macam masuk bakul angkat sendiri. Dan yang kelakarnya tu ada juga guru-guru yang berpakat beli hadiah kemudian bertukar-tukar dengan kawannya. Syaratnya harga mesti sama nilai. Kalau hadiah engkau RM20 akupun RM20. Alahai kesiannya cikgu..beli hadiah, bagi diri sendiri!
[Tko-zanie-7/10-18:30:31MYT]

9) Betul, xda guna sambut 2x setahun kalau martabat x diangkat, bukan mintak naik gaji, elaun, kurangkan masa keja, asalkan ada undang2 untuk melindungi guru daripada tindakan ibubapa yang mengada2,sikit2 nak saman,datang serang guru yang ambil tindakan kat anak2 diorang pun dah syukur banyak2,tapi biasalah orang kata anak2 "org besar2" yang bahagian buat dasar ni yang banyak jadi ifrit dengan jembalang kat sekolah,sebab tu diorang xnak buat dasar yang melindungi guru2 untuk ambil tindakan disiplin kat budak2 sekolah tu[Tko-nhisyam-7/10-19:50:05MYT]

10) HINDRAF dah mula kurang ajar. Ni lah dia bangsa yang tak boleh beri muka. Depa buat kacau suruh Menteri minta maaf. HINDRAF kalu tak berhati hati akan menjadi satu isu perkauman dan jika tidak dibendung dari sekarang akan berlaku pergaduhan kaum/agama yang serius. HINDRAF satu pertubuhan yang memberi image buruk Malaysia diluar negara. Kalau di India rakyatnya sendiri yang beragama islam buat perangai HINDRAF dah lama kena kerjakan oleh penganut hindu. Oleh itu HINDARF kena sedar toleransi kerajaan dan orang islam Malaysia terhadap mereka. Jangan cuba bermain api nanti terbakar dah lah kulit tu hitam nanti jadi arang[siasah-hamzali-6/10-10:32PM]

11) Paklah patut pertahankan jawatannya.Kalau harap najib lingkup negara ni.Pak lah perlu tukarkan Najib dengan orang lain. M Jassin,Zahid atau Tengku R .Kalau Pak Lah tukar TPM bukannya pelik. Ini semua pernah berlaku sebelum ini.
Pak Lah
Lawan jangan tak lawan........[siasah-bonzer-7/10-3:35AM]

12) These racialistic are downright scumbags with no brains trying to scare and destroy a with superb credentials who really work for the rakyat irrespective. They have NO BALLS to confront a great Lady publicly in person.
How disgustful they are.
Teresa, please continue the great work you are doing.
We are behind you at all times.
And to those NO BALLS racialistic downright scumbags, I dare you all to show themselves. Dont hide behind race and religion.[teresakok-zztop-7/10-11:51:59AM]

13) BN supreme council to meet tomorrow
we never know. he may have the overwhelming support from BN component parties, although umno no longer wanted him![limkitsiang-pulau_sibu-7/10-14:03:05]

14) Kenapa lah mereka buat Pak Lah macam tu. kesian dia. Sepatut nya mereka membantu Pak Lah dengan semangat setia kawan bukan cuba menolak nya dan meletakkan semua kesalahan kepada Pak Lah.Dalam diam diam mereka juga menikam Pak Lah dari belakang.
Tapi itu lah ya puan, nama nya politik melayu kot.Harap harap Pak Lah terus melawan. biar putih tulang jangan putih mata. Tak kan Pak Lah hilang dibumi Malaysia ini!!! What say you puan Nuraina? [nursamad-dh9753-6/10-9:41PM]

15) I dont like hindraf very much. Infact i hate hindraf. But, it doesnt meant that I hate indian. Indian people are mostly a good people. but hindraf... a ???? group... (still can't figure out what is their 'main goal')

And I think that guy need a realignment on his view. Sent him to kedai tayar. Maybe in singapore, kedai tayar charge him to much.[azizhassan-bzz-6/10-2:31AM]

16)

7.10.08

Suara Pengkritik - 06

1) Kenapa November, bukan sekarang? Kalau boleh saya mengharapkan Dr Asri bersara hari ini jugak.....bukan apa...tak sanggup lagi melihat para forumer dan komentator di TKO ini yg sangat tinggi ilmunya dan yg sepatutnya lebih layak dari Dr Asri utk jadi mufti memperlekehkan seorang mufti sedemikian rupa.....

Sepatutnya negeri2 di M'sia tak payah ada mufti....sebab kononnya semua mufti UMNO yg lantik....jadi kononnya secara automatik mufti tu penyokong UMNO....dan semua mufti dibayar gaji oleh kerajaan...jadi kononnya semua mufti kat M'sia adalah ulamak cari makan dan nak jaga 'perut'....

Lagi senang kalau tak ada mufti langsung...atau lantik saja dari kalangan MOD/forumer di TKO jadi mufti....nescaya kalau dibayar gaji pun dia tak nak ambik...

Bersara lah cepat2 wahai Mohd Asri Zinul Abidin.....semoga lepas bersara tidak akan ada lagi umat Islam rakyat M'sia yg sangat tinggi ilmu agamanya akan mencemuh seorang mufti sedemikian rupa! [Tko-AbuUbaidah-7/10-03:16:34MYT]

2) Kita tidak mahu ada talibarut umno dalam PAS dan juga kita tidak mahu ada 'pemegang tombak' DSAI dalam PAS.[Tko-alang-6/10-18:46:10MYT]

3) maaf , nak percaya tak apa , tak nak percaya pun tak apa , ini negara demokrasi katakan

maklumat yg ulitmayang ada , sejak kebelakangan ini , sebelum & selepas pru-12 lalu , memang ada gerakan dari bhg perang saraf & perisikan umno , sudah , telah & [ sedang ] menyelinap masuk dlm PAS

salurannya byk - pemuda dll
rupa , suara , gaya & bahasa serupa & seakan2 sama dgn PAS
pendek kata sukar utk dibezakan !!!

ada sebahgaiannya pula sdg 'attack' secara penuh halus ke atas saf pimpinan , bah kan tertinggi pun
kumpulan ini sedang membisikkan 'sesuatu' ke telinga pimpinan ,,,,tak tau lah apa butirannya ???

tapi kita kedengaran sudah ada saf pimpinan yg bernada keras !!! semacam je !!! org2 islam pun juga terkejut !!!

ini dah mengejutkan org2 bukan islam , yg selama ini mula berjinak2 untuk mendekati PAS

sangat dikhutairi ,,,org2 bukan islam ni akan lari dlm pru-13 nanti

tak salah kalau kita mengaku , at least akan dtg lebih berhati2

yg salah nya , tak nak mengaku ,,,,,ini yg boleh mengancam parti PAS , dah nampak riak2 nya , spt yg diakui oelh penulis ini , bukan sejak 'krisis' TGNA & mustafa ali , tapi sebelum daripada itu lagi

maaf sekali ,,,,ulasan ini tak ada kepentingan peribadi , cuma ingin melihat PAS sentiasa utuh dan ampuh[Tko-ulitmayang-6/10-19:52:33MYT]

4) 1) knp manusia suka bersikap prejudis ? knp manusia suka melihat sesuatu perkara yang dibangkitkan sebagai isu politik ? mengapa manusia suka berperasangka ?

2) Bukan tak boleh nak tuntuk kebebasan. Kalau bapak ditangkap kerana kesalahan mencuri pun, boleh juga kalau nak tuntuk kebebasan.

3) yg dipersoalkan adalah menghormati majlis dan menghormati perayaan aidil fitri.

4) sbg tetamu, sebaik-baiknya hormatlah majlis tuan rumah apatah lagi majlis ini adalah majlis meraikan hari kemenangan besar bagi umat islam.

5) cubalah bersikap sensatif terhadap isu-isu yg berkaitan...agar tidak mengguris sesiapa. Tak salah kalau kita cuba elakkan perpecahan dari berlaku. Bukankah mencari titik pertemuan lebih baik dari mencari titik perpecahan.

6) malangnya...ramai juga yg menutup ruang pemikiran dan melihat segala-galanya melalui pandangan politik semata-mata.

7) bila ditegur.... kita dikatakan berpolitik, kita dikatakan bersifat perkauman... Apalah salahnya kalau ianya ditegur demi kebaikan dan pemuafakatan.

8) Mcm-mcm manusia ni....[pebarikbeca-chewal-6/10-10:02:00PM]

5) Kickdafella tu memang suka menghentam orang, lebih-lebih lagi Pak Lah. Bagi beliau, apa yang beliau dakwa dalam blog beliau, semuanya betul dan sah sedangkan beliau pun entah-entah hanya dengar cerita buruk tentang Pak Lah melalui khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya. Boleh juga kita katakan beliau ni sebagai "monyet yang menggoyangkan dahan-dahan pokok ketika angin tidak bertiup.."..
Baru-baru ini, beliau ada menghentam Pak Lah dengan mengaitkan jawatan Menteri Pertahanan, penundaan tarikh pemilihan UMNO, Eurocopter dan Kamaluddin. Pandai-pandai je beliau buat cerita sedangkan tender Eurocopter tu telah disebut-sebut semasa Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.. Untuk rujukan penjelasan berkenaan hal ini, sila ke stephendoss.blogspot.com...[duniatiger-samad-6/10-5:06PM]

6) Kadang2 hairan macam mana pemimpin PAS di Kelantan boleh 'bela' blogger kick setan ni.

Cuba tengok isteri dia berpakaian? Dengan pakai Tshirt lengan pendek terangkat hampir nampak bulu ketiak...masih lagi mahu menjadi ahli PAS.

Bercakap pula tentang Islam. Kemudian dibela pula oleh pemimpin PAS Kelantan?
[duniatiger-anonymous-6/10-8:58AM]

7) Dulu masa perintah trengganu, fatwa Haji Hadi.. semua replika mesti dirobohkan.. replika udang, penyu dan segala macam habis dibuang.. so yg ni apa pulak komen beliau? kalau sokong.. sokonglah.. kalau tak boleh.. harap2 bagitaulah pengikut.. kalau org lain cakap nanti kata itu politik.. tak tahulah kalau lain pulak hukum nyer..[depakata-washad-7/10-6:59AM]

8) mamat sekor ni sibuk lagi pasal k’jaan s’gor apasal??? Dah tak reti2 ke yang awak tu dah x de kuasa???Memang sah mamat ni gila talak dgn K’jaan S’gor..Dulu waktu ada power apasal x buat btl2 tugas???ni x asik memboroikan perut jer kijer dier…Apa yang kau merepek tu SETAN ???(pinjam ayat dlm citer P.Ramlee>Seniman Bjg Lapok )
[pinkturtle2-zack ktn-7/10-2:16AM]

9) Pru lepas saya sokong PKR, kerana terlalu meluatkan kebanyakan pemimpin umno.Tapi tidak pula bencikan Pak Lah.[bigdogdotcom-azee-6/10-8:13PM]

10) Doalah kepada Tuhan anda jika anda yakin kepada Tuhan berkuasa utk tentukan siapa bakal pemimpin negara kita selepas ini.

Jika masalah sama atau lebih teruk apa guna tukar pemimpin.

Dulu Tun berpuluh tahun berkuasa tapi bila Pak Lah buat Islam Hadhari Jqaf Koridor2 di negeri melayu mundur maka Tun dan pengikut Tun dlm Umno juga desak Pak Lah berundur.

Pelik kerana ramai tak dpt kenal pemimpin benar benar berkhidmat utk rakyat.

Saya doa Pak Lah kekal saja jadi PM….anda ???[bigdogdotcom-penulis_cyber-7/10-6:01AM]

6.10.08

Suara Pengkritik - 05

1) Calon Kuda Hitam lebih baik,pokoknya berkarisma,kualiti,asas agama yang baik,hubungan antara pemimpin baik dalam ruang lingkup Barisan Nasional dan ada sokongan Akar Umbi yang kuat.[penarikbeca-hasipin66-5.10.08-7:05:PM]

2) Saudara, apa mesej saudara ni. Kalau setakat nak bagitahu yang mereka-mereka ini yang nak bertanding, kami dah tahu lama dah. Dah keluar TV dan surat khabar pun. Kami dalam Wanita UMNO ni pun tau semua mereka itu. Kami kenal mereka luar dan dalam.Sebagai penulis blog, bagi lah analisa yang mendalam sikit.
[ahmadatalib-Dahlia Sulaiman-4.10.08-11:04:00AM]

3) Its obviously najib’s call. Zahid was one time his political secretary, a good pak turut/machai. Its to check mate muhyidin who now has to contemplate whether to abandon ku li and take najib head on. Interesting indeed….[aisehman-shaike-3.10.08-10:34pm]

4) who is Zaid Hamidi, is he the RM230million man? Is he a member of the Anwar-clan that was responsible of depleating Umno's coffers more than 10 years ago? Is he an accomplice of fugitive Rahim Ghousse of Abrarr? why was he arrested under the ISA? was he part of the group which collaborated with foreign powers and tried to topple the Prime Minister of Malaysia and Umno president in 97/98? apanama, you should dig more about Zaid as we don't need a wolf in sheep's skin in Umno. We have had enuf of such creatures in the last 5 years or so.
I know for sure, but we must show hard evidence to unmask this dangerous Anwar stooge.
Nevermind the stories about him being a mat-rempit thug who assaulted his daughter's boyfriend in a park in Country Heights..thats personal.
[apanama-ayahanda kg.baru-3.10.08-12:24:00AM]

5) Manusia yang suka berprasangka buruk mempunyai hati dan jantung yang pendendam. Dendam dan marah adalah tipu daya Syaitan.

Marilah kita prasangka baik sesama muslim selagi dia mengucap 2 kalimah syahadah dan menunaikan kewajiban kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sebesar mana dosa manusia muslim sehingga menceceh langit, jika beliau bertaubat dan insaf, maka semua dosanya akan diampun oleh Tuhan Yang Maha Pengampun dan Tuhan Yang Maha Menerima Taubat. Oleh itu, marilah kita kasih dan sayang sesama Islam, sebab inilah ajaran agama Islam yang sebenar.
[duniatiger-ADAM AMIN-6.10.08-10:17AM]

6) aiya bro...you barking the wrong tree again.

Zahid is najib's choice to check mate muhyidin la....i thought u ni a good political analysis...itu pun tak nampak ke?

If you dont believe me..wait for najib's read-between-the-lines reaction.
[barkingmagpie-citra-3.10.08-10:42PM]

5.10.08

Suara Pengkritik - 04

1) - Saya menyokong penuh jalan persekutuan dari Gua Musang ke Kota Bharu dibuat 4 lorong. Malah jalan 4 lorong (pergi-balik) seperti dari Klang ke Sungai Besar, dari Batu Pahat ke Kluang perlu di panjangkan dari Kota Bharu ke Bentong. Hampir setiap bulan saya saya mengunjungi Kelantan dengan berkereta kerana menghantar anak dan menziarahinya yang belajar di Pasir Mas. Dalam keadaan cuti hujung minggupun jalan-jalan di Kelantan sudah sesak teruk, apa lagi musim perayaan. Lagi teruk jem di kawasan Kota Bharu. - Mungkin menteri-menteri tak merasa kesesakan rakyat Kelantan yang saban hari/bulan menghadapai keadaan begitu. Kerajaan Persekutuan mesti segera membina lebuhraya 4 lorong (tanpa tol) jalan dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jika tidak, kita akan menyaksikan kematian demi kematian setiap bulan di jalan utama itu. Tak payah kempen pandu cermat kalau kelajuan sudah jadi 30-40km sejam di jalan persekutuan Gua Musang- Kota Bharu di musim perayaan/cuti sekolah. Yang hilang sabar tentu akan memotong barisan kereta yang panjang. Perjalanan hari biasa dari Gua Musang-KB biasanya 2jam 30min. Kalau musim perayaan akan jadi 4-5jam. Itu belum lagi nak balik ke KL. Mustapha Muhammad sebagai menteri pusat mesti melobi untuk dapat bajet dari persekutuan. Jangan lupa juga baiki jalan di kawasan Jeli-Gua Musang yang rosak teruk. Nanti jangan sampai orang kata apa MP Jeli buat sepanjang berkhidmat mewakili Jeli?
- Sepanjang saya berulang alik ke Kelantan, saya dapat merasakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menganaktirikan kjaan Kelantan. Apa rakyat Kelantan tak bayar cukai? Mentaliti pemimpin umno/BN memang sentiasa hendak menindas negeri yang majoriti rakyatnya Melayu. Tapi suruh Melayu bersatu. Kalau perjuangan hanya mengayakan diri/anak-beranak,taksub Melayu akhirnya akan hancur. Berjuanglah untuk Islam, dah tentu adil dan barakah.
- Kalau Pak Lah boleh memikirkan lori2 berehat 2 hari sebelum dan 2 hari selepas raya di jalan raya, maka Pak Lah atau Najib mesti segera bertindak membesarkan jalan raya persekutuan Bentong - Kota Bharu, jika tidak mahu lihat jalan tersebut menjadi sungai maut!
- Saya mencadangkan Pak Lah dan Najib menaiki kereta ke Kota Bharu dengan atau tanpa pengiring polis trafik pada musim perayaan supaya dapat merasakan keperitan/kesusahan pengguna jalan raya ke KB dari KL. Kalau naik heli atau private jet, susahlah nak rasa kesusahan rakyat.
- Kerajaan BN persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan masalah trafik yang sudah berlarutan bertahun-tahun. Kalau tak nak buat, InsyaALLAH kerajaan Pakatan Rakyat yang ambil alih nanti akan buat juga. Sabar anak Kelantan semua.[pinkturtle2-mahaguru-5.10.08-12:56pm]

2) jika beliau bersara pun bagus, dan serahkan jawatan mufti kepada yang berhak. Dan tidak timbul lagi isu-isu kontroversi seperti melekehkan golongan ulamak pondok, ulamak muktabar seperti al subki, isu penggunaan kalimah ALlah dan banyak lagi.

Apapun, usaha drmaza ini di dalam isu semasa politik amat memberansangkan. Sekejap ia membantai kerajaan dan dalam keadaan lain pula ia hentam juga pembangkang. Sehinggakan bercelaru juga ahli-ahli parti yang mengikuti pendapat beliau ini. (hati-hati la)

Manakala kepada mufti yang lain pula diharapkan dapat mengikuti jejak mufti perlis ini yang terkehadapan apabila membicarakan isu semasa sebagaimana juga mufti perak (datuk harussani zakaria).

Wallahua'lam[Tko-anak_pejuang-6.10.08-01:50:21MYT]

3) TUDIA...BAGUIH PUNYA IDEA.. DALAM BANYAK BANYAK CARA NAK MAJUKAN KEWANGAN, DUIT SEDEKAH SEMBAHYANG JENAZAH PUN HANG SURUH SEDEKAH KAT PARTY.. APA RA..!! KEMARUK SUNGGUH!! NI KIRA HABIH BRILLIANT PUNYA IDEA LA NO... HANG PI HABARQ LA KAT USTAZ AZIZAN CADANGAN BERNAS HANG TU..
WEI..!!! TOK SAH DOK BUAT LECEH LA..

hamPAS....[kedahlanie-anonymous-6.10.08-1:28AM]

4) Betul….rakyat TAK NAK dengar perebutan jawatan dalam UMNO, TAK NAK dengar bagaimana nak kukuhkan parti, Perhimpunan Agung, yang kami mahu ialah 2M diturunkan segera. Minyak dan Makanan….masih terlalu ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup susah….bukan macam YB-YB yang tidak pernah lapar.[pinkturtle2-insankerdil-6.10.08-8:51am]

5) Jaga-jaga colon Timb. Presiden Datuk Nurjazlan bertanding ada orang sponsor nak pecah undi negeri johor dengan Datuk Muhyidin.

Mungkin sapa-sapa pula boleh sponsor mana-mana Ketua Bahagian dari Negeri Perak utk colon Timb Presiden utk pecah undi Datuk Zahid Hamidi pula.

Jangan Rosak Parti OK

TakOK[depakata-anonymous-6.10.08-9:21AM]

Suara Pengkritik - 03

1) WAHAI TARABUSI DAN PENULIS SEANGKATAN: TOLONG BERPIJAK DI BUMI NYATA.PAS SUDAH NAMPAK TANDA TANDA TERPINGGIR KERANA PERBUATAN SEBAHAGIAN PEMIMPINNYA SENDIRI.AKU SEJAK DARI AWAL KENAL POLITIK TIDAK PERNAH SOKONG UMNO KERANA AKU MELIHAT SATU DEMI SATU PENYELEWENGAN DARI AJARAN AGAMA YANG MEREKA LAKUKAN DAN KERANA ITU JUGA AKU MENYOKONG PAS KERANA YAKIN PAS ADALAH JEMAAH ISLAMIAH YANG MAHUKAN ISLAM MENJADI CARAHIDUP.TETAPI MALANG SEKALI SESUDAH BERPULUH TAHUN MENYOKONG PAS DAN BERSAMA SAMA PERJUANGAN MEREKA DENGAN BUKAN SEDIKIT PENGORBANAN TENAGA, MASA DAN WANG RINGGIT DICURAHKAN,AKU DAPATI ADA JUGA PEMIMPIN PAS YANG BERPERANGAI MACAM UMNO.DAN LEBIH MALANG LAGI BILA MEREKA BERTERIAK DENGAN LAUNGAN ISLAM DAN MENGUGUT PR DENGAN MENGGUNAKAN ISLAM TETAPI ADA DI KALANGAN MEREKA HIDUP SEPERTI JUAK JUAK UMNO.KAMU TARABUSI MENUDUH DSAI DIKUASAI ORANG KAFIR TETAPI APAKAH CARA KAMU MENGIKUT CARA ISLAM?ENTAH ENTAH DSAI LEBIH ISLAM DARI KAMU.KINI PAS SUDAH MULA DIRAGUI BUKAN SAHAJA OLEH AKU TETAPI RAMAI LAGI AHLI AKAR UMBI YANG BEKERJA MACAM ORANG "BODOH" SEMASA PRU LALU DAN UNTUK ORANG ORANG MACAM KAMU TARABUSI SUKA AKU MEMBERI AMARAN BAHAWA KALAU TIADA PERUBAHAN KEPADA PAS DALAM MASA 2/3 BULAN INI TUNGGULAH PENGHIJRAHAN BERAMAI RAMAI AHLI PAS KE PKR(TERMASUK AKU).DAN UNTUK MAKLUMAT KAMU TARABUSI DAN YANG PERASAN PAS SEBAGAI TERBAIK,DSAI BUKAN BODOH SEPERTI YANG KAMU SANGKAKAN,DSAI SUDAH PASTI MENGAMBIL KIRA UGUTUAN PAS INI DALAM PERCATURAN POLITIKNYA DAN NANTI JANGAN MENYESAL KALAU PAS TERPINGGIR DAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.AMAT MALANG SESUDAH PAS DITERIMA OLEH ORANG ORANG BUKAN ISLAM PERKARA INI TERJADI.KEMANA PERGINYA SLOGAN PAS FOR ALL? KENAPA TIBA TIBA PAS JADI PENGECUT DAN SEOLAH LUPA JANJI KEMENANGAN ALLAH?KENAPA NAK DIWAR WARKAN MENGENAI HUKUM MEMAAFKAN MUSUH SEDANGKAN MUSUH LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN TANDA UNTUK TUNDUK KEPADA PERINTAH ALLAH?[Tko-notan-5.10.08-12:01MYT]

2) Sdr. Azizi'

Minta maaf, saya nak tambah tulis sikit lagi..

dan Sdr. Anak Bapak,

Silap besar kalau saya dikatakan taksub pada Anwar atau saya penyokong atau ahli parti PKR.

Didikan beliau tidak pernah saya lupa tetapi bila dia masuk UMNO sayalah antara yang pertama menentangnya.

Bila dia disepak dari UMNO saya bersimpati dengannya. Bila dia tubuh PKR saya tidak mahu berdamping dengannya.

Takut kena "tipu" lagi bang...Dia terlalu pandai..., nanti hati kita yang sakit.

Cuma saya suka tengok cara Anwar berpolitik. Dia punya keupayan mencaturkan politik Malaysia ini.
Ketangkasannya "bersilat" boleh menyebabkan orang lain huru hara.

Kita jangan letakkan Islam itu sebagai penghalang atau alasan untuk meletakkan diri kita ditengah-tengah masyarakat.

Bagaimana kalau saudara-saudara bayangkan, Anwar yang menjadi Presiden PAS sekarang ini?

Bukankah keadaanya berbeda?

Inilah yang saya maksudkan tentang PAS itu. Kesempatan yang ada sekarang, tidak merupakan peluang kepada PAS.

Begitulah juga pada tahun 1988 bila UMNO berpecah dua, PAS tidak mampu kehadapaan mengambil hati orang-orang Melayu, sebaliknya terpaksa berbontot dengan Semangat 46. Akhirnya ditinggalkan....

Sekarang ini pun begitu juga setelah dua puluh tahun. PAS masih memainkan peranan yang sama.Entah esok, entah lusa ditinggalkan lagi...

Memang kita boleh bercakap. Kalau ditinggalkan pun, PAS tetapi terus berjuang.

Tetapi itu adalah ungkapan bagi orang-orang yang lemah dan tidak progresif. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang sifatnya mesti dinamik, sentiasa maju kehadapaan.

Wallahu'alaam...[anakbapak8385-abdrahimkassim-28.9.08-9:57PM]

3) Yeah MUNGKIN USA yang SPONSOR, tapi lebih AFDAL dari GUNA DUIT RAKYAT untuk KEPENTINGAN SENDIRI. rite? Yang kerajaan buka rumah “TER”buka tu guna duit sape ye?
[anwaribrahimblog-KIKO-29.9.08-7:51pm]

4) Cerita sosek-sosek org politik,Dollah adakan rundingan dgn Anwar baru-baru ni..dalam suatu majlis berbuka bersama..apa motifnya duduk bsebelahan sambil berbisik berjabat?ada yg xkena ni..kononnya 'laporan paling gila'?tak mengapa..kita tunggu dan lihat.[terjah-paklelah-25.9.08-1:24pm]

5) Please be patience everyone. Yes 916 has come and gone. But I do believe, the spirit of reformation still there in every heart of the brave malaysian. It tooks more then 100 years before the afro-american can really celebrating for freedom and equality in US after some serious blood-splitting incident back to some score years ago. Nelson Mandela tooks 27 years in the prison alone just to fight and deny the cruel apartheid policy. Mathama Gandhi does not win the independence in just a blink of eye. Alexander the Great does not conquer the world by just a few hours. Patience everyone. The local media maybe calling all pakatan rakyat leaders are just lying and poer-crazy, but who does not want to guarantee the safety of the MP that will cross-over? They are deperate enough and sent the MPs to Taiwan for a “study” trip with their golf stick. They will even send the whole group of MPs to the outer space if the Pakatan Rakyat continue pushing them to the limit. They have fallen slowly, by pieces.They have to use racist sentiment so that the chinese hate the malays, the malays hate the indian and so on. Look at that fat gorilla from Bukit Bendera, did he been arrested under ISA or Sedition Act? Hell NO! Only the reporter that been doing her job is taken to be interrogeted for 18 hours. You call this justice? Remember guys, only 12 more years we have to ensure the Vision 2020 really happen. We sure do not want our country become the laughing stock in the eye of the other natiion. I knew many Malaysian migreted not because of they hate this country, but because of they hate how they govern. It becoming an alarming threat when most of the bright student opted to liveout of this country. This is a very sad truth. Let continue the momentum, let the flame of reformation continue to burn. I would like our next generation of Malaysian live in a cuntry thet does not judge the people by the colour of their skin, but by the character under the skin.
Salam Eidulfitri and all the best everyone.[tianchua-faruqi13-2.10.08-4:04pm]

6) dalam blog-blog hari ini, banyak sangat penulis yang menunjukkan sentimen-sentimen perkauman, walaupun mereka adalah golongan berpendidikan tinggi, tidak kira dari bidang teknologi, sejarah atau agama…. tapi tiada satu pun blog yang membahaskan ekonomi, pembangunan bandar, keselamatan dari jenayah harian, sekuriti masa depan atau isu-isu lain yang biasanya popular di negara mantap dan maju?
adakah dasar pendidikan negara kita pada hari ini gagal membentuk generasi yang bersedia untuk negara maju?[syukran-renungan-hari-ini-4.10.08-5:16pm]

7) Hai Wahai Pengulas Tanpa Bernama:

Kalau kau ni penyokong PAS, ataupun kau ni kagum sangat dengan Tok Hadi, itu masalah awak.

Yang penting, tiada siapa bebas daripada kritikan.

Jangan jadi katak bawah tempurang.

Biasakan diri dengan kritikan.

Kalau takut atau terlalu mengagong-agongkan seseorang sehingga tak mahu kritik, habis la negara ini jadi macam Turkmenistan di mana bekas presiden dia itu macam Tuhan.

Hadi Awang boleh dikutuk atau hajatnya boleh dipersoal

Si Albab boleh dikutuk dan motifnya boleh dipersoal

Najib dan Bik Mama boleh dikutuk dan tingkahlaku mereka boleh disoal

Jangan jadi budak kecik yang terlalu taksub dengan mana-mana parti atau pemimpin, sebab inilah titik permulaan runtuhnya demokrasi dan pembangunan akal dan rohani.
[tukartiub-taikokilangkasutbata-4.10.08-15:28]

8) Hadi Awang nak jadi PM...Mimpilah...gua gerenti bangkang kalau Hadi Awang jadi PM...Apa ntah lagi bermimpi...Dah lah kawin 3...Rumah besar!!! Nampak sangat gunakan agama utk diri sendiri...PAS Terengganu kantui,Org Pas Terengganu pon dah x nak da Hadi Awang...ape cer tuh...Sudahlah Hadi Awang mahupun penyokong2 nyer...[tukartiub-aiman-4.10.08-20:00]

9) Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kelemahan dalam BN. Walaupun terdapat ahli parti Gerakan yang ingin meninggalkan BN, akan tetapi Dr Koh telah memberikan jaminan bahawa mereka akan melihat perkara ini secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan sentiment semata-mata.
Ini la yang sebaik-baiknya.
Banyak perkara yang perlu di ambil kira sekiranya sesebuah parti itu ingin keluar dari satu-satu pakatan. Ini kerana mempengaruhi parti tersebut secara menyeluruh. Kita ambil saja SAPP sebagai contoh.[aminiskandar-ReeWoo-29.9.08-11:49:23]

10) Dear Dato Kadir;

I shares your view but would like to add a feww more points.

After Mac8 election,UMNO is really in deep leadership crisis.Let assume najib will become a new Prime Minister but who is going to be his deputy.Tan sri Mahayuddin is one of them.There are other UMNO leader who are also eying for the post.One of the is Zahid hamidi.

I am not going to run down Zahid cos he is a nice guy but can he lead the nation.I doubt.

Nexr one is Ali Rustam,the Malaca Chief Minister.I remember attending his function in Singapore.He was taking to tour operators in Singapore to sell Melacca as prefer tourist destination.I remenber he said"in Malacca we have one of the best burnt fish restotant in the country."With his backround and qualifacation can he become our next leader.

Next on line we still have Hishamuddin with his famous kris show,Datuk Mukris and last but not least Mr Khairy.

The problem with UMNO leadership,not like PAP in Singapore,the leader was appointed by popular votes.So who have more money can become the leader.Therefore the corruption and money politic is the way of life for UMNO members.

My veiw Kadir,The country,the UMNO,BN are realy in jumbo mumbo.I think if Pakatan Raayet can pun the act together and can manage the five states with them well,the non Malay and the new Malay will be with them.

I hate to say this but after 50 year UMNO future ia finish.[kadirjasin-anaktongkat warrant-2.10.08-12:15PM]

4.10.08

Suara Pengkritik - 02

1) Sudah la tu wahai songkok Putih.

Biasalah kekadang kita cerita hal orang, telanjangkan keburukan orang, sebarkan syak wasangka buruk orang lain kepada umum TANPA orang yang kita lanyak tu sempat menjawab atau menepis hujah-hujah yang kita berikan kat laman TKO ni.

So, kau Songkok Putih pun banyak keluarkan artikel yang kau rasa, kita rasa, kekawan kita rasa BETUL tetapi sebenarnya hanya lah fitnah, perutusan jahat pihak lain dan kita juga menaburkan saham dengan sama-sama memanjangkan cerita kepada orang lain (dalam konteks ini kita mengeluarkan artikel dan topik-topik di dalam TKO ini).

Sebagai Moderator TKO ini, kau sepatutnya bersikap terbuka kepada pandangan atau tuduhan liar orang lain kepada kau. Aku rasa kau tak sepatutnya menggunakan kuasa dan access kau di dalam TKO ini untuk menghuraikan satu persatu permasalahan kau dengan forumer lain. Jangan terlebih guna kuasa beb.

Akhir kata, bila kita syak wasangka kepada orang lain maka akan adalah syak wasangka orang kepada kita pulak. Kalau kita bidas si A maka mungkin si A tidak bidas kita balaik, tapi si B, si C pulak yang bidas kita.

Renung-renungkan lah......[TKO-aimy74-3.10.08-14:54:23]

2) dapat di simpulkan dgn mudah yang Tulang Besi mempunyai niat jahat dalam penulisan dan hanya bertujuan utk memecah belahkan jemaah PAS khususnya.Meskipun SP meletak jawatan namun Tulang Besi bukan merasa terharu dan mengendurkan situasi bahkan masih menyerang SP bertubi-tubi seolah-olah mahu memastikan betul-betul `K.O`.Ini di sebabkan kerana Tulang Besi merasa sangat terancam dgn adanya orang seperti SP yang cekap dalam berhujah.

namun malangnya SP mengambil langkah utk mementingkan diri sendiri dgn meletak jawatan dan melupakan jemaah.Seorang pejuang perlu tabah dalam menghadapi cabaran sebagaimana baginda rasulullah yang tetap utuh dgn perjuagan baginda meskipun ahli keluarga baginda sendiri tidak masuk islam iaitu bapa-bapa saudara baginda terutamanya Abu Talib benar-benar mengguris hati baginda.Namun kerana tanggungjawab baginda kepada ummah rasulullah tetap kukuh bertahan hingga akhirnya beliau berjaya dan sirah baginda menjadi pedoman buat sekalian ummat islam.

Cabaran yang di hadapi SP hanyalah sebesar hama jika di bandingkan cabaran yang di hadapi baginda rasulullah.

SP sepatutnya terus menerus menekan musuh atau membunuhnya terus dan bukannya mengalah !![TKO-tutu-3.10.08-23:12:58]

3) This is the bangsawan melayu who has squandered the country's wealth. They proclaim that they are the one who defends the Malay's right with their idelology of "Ketuanan Melayu". Kerismuddin!! Memalukan nama bapa kamu. Syabas kepada Tok Guru.
[Rockybru-alibabaanjing-2.10.08-7:51pm]

4) Not everyone can be a country leader …
Greed always take over as the driver when they come in power ….
Mankind weaknesses are themselves …. the leading killing machine that may once look gentle and kind ..
It’s entirely up to RAKYAT to decide Malaysia’s fate and future ..
We must be united and together we walk the journey …
No one will be ever winner or loser …
It’s only either we reached together or lost everything as a whole together..[kickdefella-Jimm-2.10.08-09:21:27]

5) Untuk maklumat Dato' Tiger - Ali Rustam bukan sahaja tidak ada tempat sebagai Timbalan Presiden malahan untuk kekal sebagai Naib Presiden juga sukar ketika begitu ramai calon yang menawarkan diri kali ini. Ali Rustam terkenal 'bodek dan ampu nya' ketika Dolah hebat berkuasa cuma mengurangkannya ketika ini. Ali Rustam juga seperti lalang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tidak pernah menerajui mana mana idea hebat. Ali Rustam hanya layak kemabali ke jawatan Majlis Tertinggi.

Maaf Dato'...walaupun Ali Rustam berasal dari Melaka tetapi janganlah Dato' menyokong dan memuji hentam kromo, jangan lupa isu babi ke atas orang melayu di Melaka yang berkurun dan bertangguh lamanya untuk diselesaikan...pun belum selesai sepenuhnya.[duniatiger-kluangman-3.10.08-12:52pm]

6) Kickdefella is tempting fate, just like his friend RPK. Maybe he misses RPK so much that the Malaysian Government should oblige and let him join RPK in Kamunting.[bigdogdotcom-eddy-3.10.08-1:55am]

7) Ku Li may be old, but he's got young balls. Najib is younger but his balls are not with him...

Anak Gua Musang[jejakpujangga-anonymous-30.9.08-2:00AM]

8) PM abdullah steping down on the 19th October 2008. this will make a difference! rumours in malaysia always comes true.
alot of comment on hindraf at PMs open house. If they don’t see him there where else? PM won’t meet needy people. he sleeps. No choice for needy people but to see him on Hari Raya. If he has released all ISA detainee, no problem like this will crop up.[limkitsiang-ahluck-3.10.08-09:56:58]

9) kouta untuk premis karoke, dangdut, megnum, toto, kuda, spa dan yang sewaktu dengannya dikedah makin bertambah nampak, apa dah jadi ustad, lain macam ja pas dikedah ni?[kedahlanie-adullah-3.10.08-8:41pm]

10) Bapak kau zalim;

Hang marah kat sapa ni? Tak paham. Hang period ka?

Kalau datang haid, jangan tulis komen. Tak baik. Hehehehe.[harimau-menaip-4.10.08-9:53AM]

2.10.08

Suara Pengkritik - 01

1) setiap hari, ramai pelancong bukan Islam datang ke masjid negara di kuala lumpur. Di perkarangan masjid, ramai yang memakai pakaian yang sangat menjolok mata. Jubah hanya diberikan apabila mereka ingin masuk ke dalam masjid. Jadi, pada masa akan datang, pastikan mereka menutup aurat sebaik saja masuk ke dalam pagar masjid. Dengan itu dapat menjelaskan kepada semua rakyat negara ini tentang sensitiviti Islam(Siasah/joe-30.9.08-7.28pm)

2) ajaran islam hadari! bila nak masuk masjid je ke kena pakai tudung? kat luar malaykat tak nampak ke? nampak sangat hipokrit diaorg tu, ambik Islam separuh2.

kau tak yah cakap bila masuk masjid puteri2 tua tu pakai tudung, bukan aku tak pernah tengok, kerap sangat dah aku tengok diaorg masuk masjid macam singa jantan.

pasal teresa kok tu memang aku tak setuju, Kan Datok Seri Azizan dah bagi nasihat, jgn kata kita org tak peduli, tapi macam mana nak nasihat diaorng kalau puak puteri2 tua tu tunjuk contoh tak elok pada non muslim, kalau puteri tua tu mengaku bukan Islam senang(Siasah/anjar-30.9.08-8.02am)

3) Pada pandangan saya hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sajalah yang dapat memulihkan keadaan UMNO yang semakin tenat ni. Itu pun sekiranya beliau ingin kembali dan diterima kembali kepangkuaan UMNO. Segala masalah akan selesai. Saya rasa ramai yang tak bersetuju dengan pendapat saya ini, tapi demi maruah bangsa dan parti UMNO itu sendiri, saya yakin segalanya tak mustahil(Kudaranggi-ahli_umno_sebelum 1998-21.9.08-10:25pm)

4) Jika Pak Lah confident boleh mendapat 58 pencalonan, dia munkin akan bertanding kerana ada 5 bulan untuk buat kerja terhadap mereka yg mahu melawannya, termasuk juga memecat Najib sebagai TPM jika beliau tidak menarik diri dari bertanding Presiden.

Let’s just watch and see

Perwakilan UMNO pun mudah lupa macam mana Tun cakap dahulu, kalau tidak takkan lah ada yang mula berani mengintai untuk ke nombor dua selain dari Muhyiddin. Dalam lima bulan, perwakilan UMNO akan lupa bahawa Muhyiddinlah yang sebenar2nya pejuang UMNO yang telah memberi kesan yang paling kuat terhadap nasib Pak Lah hari ini dengan izin Allah SWT(Bigdogdotcom-Perwakilan UMNO pun mudah lupa macam mana Tun cakap dahulu, kalau tidak takkan lah ada yang mula berani mengintai untuk ke nombor dua selain dari Muhyiddin. Dalam lima bulan, perwakilan UMNO akan lupa bahawa Muhyiddinlah yang sebenar2nya pejuang UMNO yang telah memberi kesan yang paling kuat terhadap nasib Pak Lah hari ini dengan izin Allah SWT(Bigdogdotcom-gamal abdel nasser-29.9.08-11:39am)

5) To summarise everything up:

1. All the people tax money is being used for stupid subsidies and unnecessary mega projects.

2. Immigrants from Indonesia, Philippines are causing wages to remain stagnant.

3. Malaysia economic growth is now based on oil and palm oil prices. (Malaysia will soon be a net importer of oil, and palm oil prices have reached their peak, meaning it will be downhill from here on.)

4. Malaysia is suffering from a “brain drain”. No qualified professionals want to work in Malaysia anymore.
5. Malaysia manufacturing sector is shrinking, thus unemployment rates will go up(Bigdogdotcom-San-30.9.08-5:27pm)

6) Sedekah punya pasal...sapu je lah yek? Mana boleh tolak kalau dah sedekah namanya...hehe. Teruk dah Pakatan Ranjang ni...(tunteja01-psytroopers-24.9.08-12:15am)

7) Jangan tak tahu ... Jin Shamsuddin dan Radzi Daud tu semua orang BTN ...

Atau pendekkan untuk ..

Bahalol Tongong Nenggek ... cari peluang dari Pak Lah dan mahu kekalkan Pak Lah untuk kepentingan sendiri.

BTN ini sebenarnya adalah penjahanam Melayu tetapi perasan diri itu pejuang Melayu(Suaragenerasimuda-anonymous-25.9.08-2:14pm)

8) PAS nampaknya dah berpecah kepada Team A = Hadi Awang & Team B = Nik Aziz. Presiden vs Mursyidul Am. Terengganu vs Kelantan. Tindakan menggulingkan Team A sudah bermula..(warongkopi-psytroopers-17.0.08-14:25)

9) bilelah aku dapat melihat media arus perdana ni benar2 bebas dan mempunyai integriti yang kukuh..selayaknya, media arus perdana ini yang patut dihumban ke dalam jamban ISA..

inilah akibat meletakkan kepentingan politik adalah segala2nya, bukan atas dasar prinsip perjuangan...menjaga periuk nasi, masing2 berebut untuk makan, tapi menjaga prinsip ia akan berkongsi dengan org lain..baru dapat sokongan(cuitsikit-anakmudareform-21.9.08-5:10pm)

10) terima kasih atas fakta dan hurian anda.Saya bukan cerdik pandai atau ahli ekonomi,namun saya melihat secara keseluruhan.Soal ditipu, menipu atau tertipu oleh kerajaan kita serah pada rakyat kebanyakkan untuk menilainya.

Saudara,dalam naluri setiap manusia ada satu perkara yang tidak akan ditolak iaitu keberuntungan yang dimiliki.Atas nama hak apa saja dilakukan untuk mencapainya.

Namun jika onar atau kerugian diterima, apa saja juga akan dilakukan tetapi untuk mengelaknya.

Tetapi diantara keduanya, ditengah sebenarnya perlu ada pertimbangan yang rasional.Pertimbangan ini mestilah menjadikan ilmu,suasana persekiran,bandingan dengan tempat lain dan sejarah sebagai kayu pengukur.

Saudara, dalam kita menuduh pihak kerajaan menipu, dalam kita berjuang untuk mendapatkan apa yang kita katakan sebagai hak, kita sepatutnya mengaitkan faktor harga minyak itu dengan keperluan untuk mengurus negara secara keseluruhan.Bukan hanya ditumpukan pada perbezaan harga tersebut.

Mengurus sebuah negara bukan seperti mengurus sebuah rumah.Memang diakui rakyat menerima kesan daripada permasalahan ini.Namun kesan tersebut masih boleh diserap oleh rakyat kebanyakkan.Buktinya pasaran saham, perniagaan dan segalanya masih berjalan lancar.Belum ada orang Malaysia yang mati kerana kekurangan makanan tetapi ramai yang mati kerana lebih makan.

Lantas Sdr juga perlu melihat kesan yang timbul akibat kenaikan harga minyak di negara jiran kita.Apakah payah untuk kita memuji bahawa kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di negara ini adalah kerana KEHEBATAN dasar kerajaan kita.

Memang PR berjanji dengan janji manis tinggi melangit.Kalau kita percaya pada hanya janji dan mengenepikan fakta, sempunakah kita sebagai manusia yang dikurniakan ilmu dan kecerdikan?

Kalau hanya mengurus beberapa buah negeri dengan pelbagai masalah, pelbagai janji yang tidak tertunai..apakah janji untuk sebuah negara menjadi janji termaktub?

Kalau mengurus sebuah rumahpun tidak terurus dan sempurna mengikut syarak, jangan kita berangan untuk mentadbir tempat yang lebih besar. Uruskan rumah biar sempurna, tunaikan semua janji yang telah dibuat, tunjukkan keberkesanan dan intergriti.Biar rakyat menilai dan membuat kesimpulan.

Pada masa tersebut...barulah idea untuk mentadbir negara nampak RELEVAN.............. ADIBETA(mimpiboneka-anonymous-25.9.08-11:27pm)