1) - Saya menyokong penuh jalan persekutuan dari Gua Musang ke Kota Bharu dibuat 4 lorong. Malah jalan 4 lorong (pergi-balik) seperti dari Klang ke Sungai Besar, dari Batu Pahat ke Kluang perlu di panjangkan dari Kota Bharu ke Bentong. Hampir setiap bulan saya saya mengunjungi Kelantan dengan berkereta kerana menghantar anak dan menziarahinya yang belajar di Pasir Mas. Dalam keadaan cuti hujung minggupun jalan-jalan di Kelantan sudah sesak teruk, apa lagi musim perayaan. Lagi teruk jem di kawasan Kota Bharu. - Mungkin menteri-menteri tak merasa kesesakan rakyat Kelantan yang saban hari/bulan menghadapai keadaan begitu. Kerajaan Persekutuan mesti segera membina lebuhraya 4 lorong (tanpa tol) jalan dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jika tidak, kita akan menyaksikan kematian demi kematian setiap bulan di jalan utama itu. Tak payah kempen pandu cermat kalau kelajuan sudah jadi 30-40km sejam di jalan persekutuan Gua Musang- Kota Bharu di musim perayaan/cuti sekolah. Yang hilang sabar tentu akan memotong barisan kereta yang panjang. Perjalanan hari biasa dari Gua Musang-KB biasanya 2jam 30min. Kalau musim perayaan akan jadi 4-5jam. Itu belum lagi nak balik ke KL. Mustapha Muhammad sebagai menteri pusat mesti melobi untuk dapat bajet dari persekutuan. Jangan lupa juga baiki jalan di kawasan Jeli-Gua Musang yang rosak teruk. Nanti jangan sampai orang kata apa MP Jeli buat sepanjang berkhidmat mewakili Jeli?
- Sepanjang saya berulang alik ke Kelantan, saya dapat merasakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menganaktirikan kjaan Kelantan. Apa rakyat Kelantan tak bayar cukai? Mentaliti pemimpin umno/BN memang sentiasa hendak menindas negeri yang majoriti rakyatnya Melayu. Tapi suruh Melayu bersatu. Kalau perjuangan hanya mengayakan diri/anak-beranak,taksub Melayu akhirnya akan hancur. Berjuanglah untuk Islam, dah tentu adil dan barakah.
- Kalau Pak Lah boleh memikirkan lori2 berehat 2 hari sebelum dan 2 hari selepas raya di jalan raya, maka Pak Lah atau Najib mesti segera bertindak membesarkan jalan raya persekutuan Bentong - Kota Bharu, jika tidak mahu lihat jalan tersebut menjadi sungai maut!
- Saya mencadangkan Pak Lah dan Najib menaiki kereta ke Kota Bharu dengan atau tanpa pengiring polis trafik pada musim perayaan supaya dapat merasakan keperitan/kesusahan pengguna jalan raya ke KB dari KL. Kalau naik heli atau private jet, susahlah nak rasa kesusahan rakyat.
- Kerajaan BN persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan masalah trafik yang sudah berlarutan bertahun-tahun. Kalau tak nak buat, InsyaALLAH kerajaan Pakatan Rakyat yang ambil alih nanti akan buat juga. Sabar anak Kelantan semua.[pinkturtle2-mahaguru-5.10.08-12:56pm]
2) jika beliau bersara pun bagus, dan serahkan jawatan mufti kepada yang berhak. Dan tidak timbul lagi isu-isu kontroversi seperti melekehkan golongan ulamak pondok, ulamak muktabar seperti al subki, isu penggunaan kalimah ALlah dan banyak lagi.
Apapun, usaha drmaza ini di dalam isu semasa politik amat memberansangkan. Sekejap ia membantai kerajaan dan dalam keadaan lain pula ia hentam juga pembangkang. Sehinggakan bercelaru juga ahli-ahli parti yang mengikuti pendapat beliau ini. (hati-hati la)
Manakala kepada mufti yang lain pula diharapkan dapat mengikuti jejak mufti perlis ini yang terkehadapan apabila membicarakan isu semasa sebagaimana juga mufti perak (datuk harussani zakaria).
Wallahua'lam[Tko-anak_pejuang-6.10.08-01:50:21MYT]
3) TUDIA...BAGUIH PUNYA IDEA.. DALAM BANYAK BANYAK CARA NAK MAJUKAN KEWANGAN, DUIT SEDEKAH SEMBAHYANG JENAZAH PUN HANG SURUH SEDEKAH KAT PARTY.. APA RA..!! KEMARUK SUNGGUH!! NI KIRA HABIH BRILLIANT PUNYA IDEA LA NO... HANG PI HABARQ LA KAT USTAZ AZIZAN CADANGAN BERNAS HANG TU..
WEI..!!! TOK SAH DOK BUAT LECEH LA..
hamPAS....[kedahlanie-anonymous-6.10.08-1:28AM]
4) Betul….rakyat TAK NAK dengar perebutan jawatan dalam UMNO, TAK NAK dengar bagaimana nak kukuhkan parti, Perhimpunan Agung, yang kami mahu ialah 2M diturunkan segera. Minyak dan Makanan….masih terlalu ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup susah….bukan macam YB-YB yang tidak pernah lapar.[pinkturtle2-insankerdil-6.10.08-8:51am]
5) Jaga-jaga colon Timb. Presiden Datuk Nurjazlan bertanding ada orang sponsor nak pecah undi negeri johor dengan Datuk Muhyidin.
Mungkin sapa-sapa pula boleh sponsor mana-mana Ketua Bahagian dari Negeri Perak utk colon Timb Presiden utk pecah undi Datuk Zahid Hamidi pula.
Jangan Rosak Parti OK
TakOK[depakata-anonymous-6.10.08-9:21AM]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment