7.10.08

Suara Pengkritik - 06

1) Kenapa November, bukan sekarang? Kalau boleh saya mengharapkan Dr Asri bersara hari ini jugak.....bukan apa...tak sanggup lagi melihat para forumer dan komentator di TKO ini yg sangat tinggi ilmunya dan yg sepatutnya lebih layak dari Dr Asri utk jadi mufti memperlekehkan seorang mufti sedemikian rupa.....

Sepatutnya negeri2 di M'sia tak payah ada mufti....sebab kononnya semua mufti UMNO yg lantik....jadi kononnya secara automatik mufti tu penyokong UMNO....dan semua mufti dibayar gaji oleh kerajaan...jadi kononnya semua mufti kat M'sia adalah ulamak cari makan dan nak jaga 'perut'....

Lagi senang kalau tak ada mufti langsung...atau lantik saja dari kalangan MOD/forumer di TKO jadi mufti....nescaya kalau dibayar gaji pun dia tak nak ambik...

Bersara lah cepat2 wahai Mohd Asri Zinul Abidin.....semoga lepas bersara tidak akan ada lagi umat Islam rakyat M'sia yg sangat tinggi ilmu agamanya akan mencemuh seorang mufti sedemikian rupa! [Tko-AbuUbaidah-7/10-03:16:34MYT]

2) Kita tidak mahu ada talibarut umno dalam PAS dan juga kita tidak mahu ada 'pemegang tombak' DSAI dalam PAS.[Tko-alang-6/10-18:46:10MYT]

3) maaf , nak percaya tak apa , tak nak percaya pun tak apa , ini negara demokrasi katakan

maklumat yg ulitmayang ada , sejak kebelakangan ini , sebelum & selepas pru-12 lalu , memang ada gerakan dari bhg perang saraf & perisikan umno , sudah , telah & [ sedang ] menyelinap masuk dlm PAS

salurannya byk - pemuda dll
rupa , suara , gaya & bahasa serupa & seakan2 sama dgn PAS
pendek kata sukar utk dibezakan !!!

ada sebahgaiannya pula sdg 'attack' secara penuh halus ke atas saf pimpinan , bah kan tertinggi pun
kumpulan ini sedang membisikkan 'sesuatu' ke telinga pimpinan ,,,,tak tau lah apa butirannya ???

tapi kita kedengaran sudah ada saf pimpinan yg bernada keras !!! semacam je !!! org2 islam pun juga terkejut !!!

ini dah mengejutkan org2 bukan islam , yg selama ini mula berjinak2 untuk mendekati PAS

sangat dikhutairi ,,,org2 bukan islam ni akan lari dlm pru-13 nanti

tak salah kalau kita mengaku , at least akan dtg lebih berhati2

yg salah nya , tak nak mengaku ,,,,,ini yg boleh mengancam parti PAS , dah nampak riak2 nya , spt yg diakui oelh penulis ini , bukan sejak 'krisis' TGNA & mustafa ali , tapi sebelum daripada itu lagi

maaf sekali ,,,,ulasan ini tak ada kepentingan peribadi , cuma ingin melihat PAS sentiasa utuh dan ampuh[Tko-ulitmayang-6/10-19:52:33MYT]

4) 1) knp manusia suka bersikap prejudis ? knp manusia suka melihat sesuatu perkara yang dibangkitkan sebagai isu politik ? mengapa manusia suka berperasangka ?

2) Bukan tak boleh nak tuntuk kebebasan. Kalau bapak ditangkap kerana kesalahan mencuri pun, boleh juga kalau nak tuntuk kebebasan.

3) yg dipersoalkan adalah menghormati majlis dan menghormati perayaan aidil fitri.

4) sbg tetamu, sebaik-baiknya hormatlah majlis tuan rumah apatah lagi majlis ini adalah majlis meraikan hari kemenangan besar bagi umat islam.

5) cubalah bersikap sensatif terhadap isu-isu yg berkaitan...agar tidak mengguris sesiapa. Tak salah kalau kita cuba elakkan perpecahan dari berlaku. Bukankah mencari titik pertemuan lebih baik dari mencari titik perpecahan.

6) malangnya...ramai juga yg menutup ruang pemikiran dan melihat segala-galanya melalui pandangan politik semata-mata.

7) bila ditegur.... kita dikatakan berpolitik, kita dikatakan bersifat perkauman... Apalah salahnya kalau ianya ditegur demi kebaikan dan pemuafakatan.

8) Mcm-mcm manusia ni....[pebarikbeca-chewal-6/10-10:02:00PM]

5) Kickdafella tu memang suka menghentam orang, lebih-lebih lagi Pak Lah. Bagi beliau, apa yang beliau dakwa dalam blog beliau, semuanya betul dan sah sedangkan beliau pun entah-entah hanya dengar cerita buruk tentang Pak Lah melalui khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya. Boleh juga kita katakan beliau ni sebagai "monyet yang menggoyangkan dahan-dahan pokok ketika angin tidak bertiup.."..
Baru-baru ini, beliau ada menghentam Pak Lah dengan mengaitkan jawatan Menteri Pertahanan, penundaan tarikh pemilihan UMNO, Eurocopter dan Kamaluddin. Pandai-pandai je beliau buat cerita sedangkan tender Eurocopter tu telah disebut-sebut semasa Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.. Untuk rujukan penjelasan berkenaan hal ini, sila ke stephendoss.blogspot.com...[duniatiger-samad-6/10-5:06PM]

6) Kadang2 hairan macam mana pemimpin PAS di Kelantan boleh 'bela' blogger kick setan ni.

Cuba tengok isteri dia berpakaian? Dengan pakai Tshirt lengan pendek terangkat hampir nampak bulu ketiak...masih lagi mahu menjadi ahli PAS.

Bercakap pula tentang Islam. Kemudian dibela pula oleh pemimpin PAS Kelantan?
[duniatiger-anonymous-6/10-8:58AM]

7) Dulu masa perintah trengganu, fatwa Haji Hadi.. semua replika mesti dirobohkan.. replika udang, penyu dan segala macam habis dibuang.. so yg ni apa pulak komen beliau? kalau sokong.. sokonglah.. kalau tak boleh.. harap2 bagitaulah pengikut.. kalau org lain cakap nanti kata itu politik.. tak tahulah kalau lain pulak hukum nyer..[depakata-washad-7/10-6:59AM]

8) mamat sekor ni sibuk lagi pasal k’jaan s’gor apasal??? Dah tak reti2 ke yang awak tu dah x de kuasa???Memang sah mamat ni gila talak dgn K’jaan S’gor..Dulu waktu ada power apasal x buat btl2 tugas???ni x asik memboroikan perut jer kijer dier…Apa yang kau merepek tu SETAN ???(pinjam ayat dlm citer P.Ramlee>Seniman Bjg Lapok )
[pinkturtle2-zack ktn-7/10-2:16AM]

9) Pru lepas saya sokong PKR, kerana terlalu meluatkan kebanyakan pemimpin umno.Tapi tidak pula bencikan Pak Lah.[bigdogdotcom-azee-6/10-8:13PM]

10) Doalah kepada Tuhan anda jika anda yakin kepada Tuhan berkuasa utk tentukan siapa bakal pemimpin negara kita selepas ini.

Jika masalah sama atau lebih teruk apa guna tukar pemimpin.

Dulu Tun berpuluh tahun berkuasa tapi bila Pak Lah buat Islam Hadhari Jqaf Koridor2 di negeri melayu mundur maka Tun dan pengikut Tun dlm Umno juga desak Pak Lah berundur.

Pelik kerana ramai tak dpt kenal pemimpin benar benar berkhidmat utk rakyat.

Saya doa Pak Lah kekal saja jadi PM….anda ???[bigdogdotcom-penulis_cyber-7/10-6:01AM]

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Good luck:)

www.suaradu.com